Khamis, 2 Oktober 2014

CUACA REDUP MEMAYUNGI MUNAJAT PERDANA UNTUK MENGHADAPI PT3, SMU, SPM & STAM


Khamis 2 Oktober 2014, Sekolah Menengah Ugama Arab Meheliah Geting telah mengadakan majlis solat hajat & munajat perdana bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PT3, SMU, SPM dan STAM 2014 bermula 13 Oktober nanti. Majlis tersebut bermula pada jam 7.45pg dengan kehadiran para ibubapa & tetamu kehormat. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs Us. Ibrahim Bin Din Penolong Kanan 1 dan Kalam Taujihad oleh YBhg. Tuan Haji Us. Khairul Azizi Bin Mokhtar Imam 1 Masjid Ismaili Bandar Tumpat merangkap Ketua Imam Jajahan Tumpat. Beliau kemudian memimpin Solat Hajat dan bacaan Yaasin. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan