Isnin, 29 Februari 2016

Penyampaian Bantuan Bencana kepada pelajar

Pihak sekolah mengambil tindakan melancarkan kutipan derma kilat, ekoran musibah yang menimpa salah seorang daripada pelajar 6 Aesyah Nur Hakemee Mamah yang mana rumahnya telah hangus terbakar pada petang Khamis yang lepas.

Bagi meringankan bebanan NurHakemee sekeluarga, pihak telah menyampaikan sumbangan hasil kutipan derma kilat tersebut sebentar tadi. Sumbangan di Disampaikan oleh YBrs. Tuan Mudir Ust Ariffain Bin Mis, turut bersama dalam majlis penyampaian tersebut Penolong Kanan Pentadbiran YBrs. Tchr. Wan Rashidah Bt. Razali.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah menyumbang kepada tabung derma kilat tersebut.